Beberape bulan sebelum, seorang isteri sedang memasak di rumah untuk memberi makan kepada anak sulung nya yang masih kecil. Ketika sedang memasak, dia merasakan badannya agak lemah dan loya. Perutnya berasa tidak selesa seolah olah bergoncang bumi ini. Dia terus berlari ke bilik air dan mengeluar kan muntah.
Kejadian yang sama telah berulang berkali-kali, dan akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa doktor.
Dia meminta tolong dari jiran nya untuk membawa dia ke klinik berdekatan, ini kerana suaminya sedang bekerja ketika itu.
Setelah sampai di klinik, ada dalam 3-4 orang sedang menunggu giliran. Si isteri ini menunggu dengan penuh sabar. Setelah pesakit yang terakhir keluar, nama si isteri ini dipanggil untuk masuk.
Seorang doktor menunggu dan meminta si isteri ini untuk duduk dan meceritakan apa masalahnya. Si isteri memberitahu semua masalah kesihatan yang dia lalui sejak kebelakangan ini.
Doktor mendengar semuanya dan memeriksa si isteri ini. Setelah melakukan beberapa pemeriksaan, raut wajah doktor berubah. Si isteri berasa pelik dan menanya dokto apakah masalah sebenar yang dia sedang hadapi.
Doktor memandang pesakitnya itu dan senyum. Dia memberitahu pesakitnya bahawa jangan risau dan jangan panik. "Kamu hamil". Wajah si isteri berubah dari wajah penat sakit ke wajah yang begitu gembira dan ceria.
Si isteri terus bergegas pulang membawa berita yang gembira sekali dan tidak sabar untuk memberitahu suaminya. Oleh kerana pada masa itu tidak ada lagi teknologi telefon bimbit, maka dia harus terus pulang menggunakan telefon rumah untuk telefon suaminya di pejabat.
Dia cepat cepat masuk kerumah setelah sampai dan sebelum itu dia mengucapkan terima kasih kepada jirannya itu. Jirannya hanya senyum dan mengucapkan tahniah.
Si isteri senyum dan mengucapkan terima kasih sekali lagi.
Sekarang dia perlu memberitahu suaminya sesuatu yang amat penting. Dia bergegas ke telefon yg terletak di ruang tamu dan terus menelefon suaminya yg sedang bekerja. Dia memberitahu suaminya supaya jangan terkejut. Suaminya bertanya " Ada apa ni?". Si isteri pun memberitahu bahawa dia telah hamil. Suaminya terkejut dan menjerit di pejabat itu. Didapati bosnya ada kt situ, dia pun memberitahu bos nya itu dan bosnya meminta dia ambil cuti hari itu. Diu pun terus bergegas ke rumah untuk berjumpa dengan isterinya itu.
Setelah memandu hampir 30 minit, si suami telah sampai ke rumah. Dia membuka pintu rumah dan terus di peluk oleh isterinya. Anak mereka yg berumur 3 tahun itu terkejut dan tidak bersuara apa apa. Si suami membawa isteri nya ke dapur untuk berbincang.
Mereka berbincang agak lama dan serius, ini kerana mereka pernah kehilangan seorang anak ketika masih dalam kandungan. Mereka agak resah takut takut kejadian yang sama mungkin terjadi.
Setelah lama berbincang akhirnya si suami memberitahu kepada isterinya itu supaya jangan risau dan bersyukur banyak2 kepada ALLAH S.W.T kerana rezeki yang DIA telah kurniakan kepada kita. Anak mereka yang masih bingung bertanya kepada ayah nya "Kenapa walid , ummi ?" Ayahnya menjawab "Kamu nak adik?"
Anak mereka menjerit2 "yey yey ..dapat adik!!"
16 oktober 1987, hari Jumaat, seorang suami, seorang ayah sedang bersiap bersama anaknya untuk pergi ke masjid untuk solat jumaat. Dia menyarung kan baju melayu pada anak sulung nya itu. Pada ketika ini isterinya sedang berada di hospital bersama ibunya kerana telah cukup 9 bulan hamil dan sedang menunggu masa untuk lahir kan seorang anak.
Setelah bersiap-siap, si ayah membawa anak nya keluar ruma hdan masuk ke dalam kereta. Sebelum sempat dia tutup pintu, dia mendengar telefon rumah berbunyi.
Dia berasa hairan kerana mana ada orang telefon time2 solat jumaat.
Dia pun masuk semula ke dalam rumah dan angkat telefon.
Panggilan itu datang dari hospital. Hospital memberitahu bahawa isterinya sedang berada dalam wad bersalin dan mungkin melahirkan anak mereka dalam masa terdekat ini.
Si suami terus meletakkan gagang telefon dan berlari keluar rumah dan terus masuk ke dalam kereta. Dia terus memandu menghala ke hospital. Anaknya berasa hairan kerana jalan yang mereka tujui itu bukan ke masjid.
Setelah beberapa lama memandu, mereka pun sampai di hospital Pusat Perubatan Utara di Alor Setar dimana si isteri berada. Si ayah mendukung anaknya berlari masuk ke dalam hospital dan terus ke wad bersalin. Setelah sampai di wad bersalin, dia bergegas meletakkan anaknya bersama ibu mentua nya dan terus masuk ke wad bersalin.
"Saya suami nya" beritahu si suami kepada jururawat yang bertugas di wad itu.
Sebelum sempat suaminya masuk, kedengaran azan berkumandang dari sebuah radio di dalam bilik jururawat di situ. Si suami terhenti sebentar dan memandang ke arah radio itu, dan tiba tiba kedengaran suara teriak bayi datang dari wad isterinya itu.
Dia terus berlari dan masuk ke dalam wad itu. Dia memandang ke arah isterinya dan senyum gembira dan lega semuanya selamat. Si isteri senyum kembali dan mengucapkan
"Alhamdulillah bang, semua selamat". Jururawat mengangkat anak mereka itu dan memberikan kepada si suami, si suami mengangkat anak nya dan melafaz azan di telinga anaknya itu. Jururawat mengambil semula anak mereka dan memandikan anak mereka itu.
Si suami duduk di sebelah isteri nya itu dan bertanyakan "apa nama anak lelaki kita?"
sebelum sempat si isteri menjawab, anak sulung mereka masuk ke dalam wad dan menjerit "yey yey muaz dapat adik!!"
Mereka senyum.
Setelah beberapa minit, seorang jururawat masuk ke dalam wad dan menghulurkan anak kecil mereka itu. Si suami mengambil dan memberikan kepada si isteri untuk menyusukan anak kecil mereka itu. Si suami memberitahu kepada si isterinya "kita dan ada Muaz bin Jabal..kita belum ada ibnu Taymiyyah lagi. Ahmad Taqiuddin? ermmm..
Syed Muhammad Taqiuddin bin Syed Abdullah"
Pada hari yang sama, pasukan skuad bola Kedah telah memenangi piala Malaysia dan Sultan kedah telah mengisytiharkan cuti umum.
22 tahun selepas itu, 16 Oktober 2009 , hari Jumaat, si anak kecil terkenang kembali peristiwa kelahiran nya itu. Dan mengucapkan syukur Alhamdulillah dan berterima kasih kepada ibu dan ayah nya kerana bersusah payah membesarkan nya.
(cerita ada oter2 skit...)
yeh!! thanks Allah S.W.T im still alive!!
(Inilah Si suami bersama si isteri bersama cucu pertama mereka)
Sharifah Ayra Edelia Binti Syed Muhammad Muaz
Anak sulung kepada anak sulung mereka.